Saturday, March 26, 2011

SaYa MeNuLiS LaGi...(^_^)


Hari ini, saya membaca beberapa artikel. artikel ini untuk motivasi diri sendiri & siapa2 yang ingin mengambilnya dipersilakan....Bila baca artikel ini, rasa mcm ada kekuatan dlm diri. anggap semua yg berlaku ada hikmahnya. dalam artikel itu ada tertulis ...

Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita...

Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya...

apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan...

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar...

Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap...

Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja...

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang...

saya ambil beberapa petikan ini daripada artikel yg sya baca..sya ambil untuk sya sendiri & utk siapa2 yang ingin bca...(^_^)... apa2 pun, apa2 yg berlaku dalam hidup ini adalah ketentuanNYA. Kita cuma merancang dan Tuhan yang menentukan... saya terima ketentuanNYA & saya Redha.. Tiada yang lbh baik daripada apa yang telah ditetapkan... hidup kita sekarang, bukan akan kekal begini selamanya... Saya Sayang Diri Saya, Saya Sayang keluarga saya & saya sayang Daniel... Saya terima semua ketentuanNYA...Saya berdoa untuk yang terbaik...(^_^)...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...